NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO: DR. M LAYAK DINOBAT 'PELAKON TERBAIK'

0
JERANTUT, 25 April -- Presiden UMNO,  Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "pelakon nombor satu negara" dan layak mendapat 'best actor academy award' kerana sifat kepura-puraannya.

Najib berkata ini dibuktikan apabila Dr Mahathir suatu ketika dahulu lantang mengkritik seteruk-teruknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengaitkannya dengan salah laku seksual, namun kini berbaik-baik pula dengan Anwar demi matlamat peribadinya.

"Baru-baru ini dengan selamba dia pergi ke mahkamah (semasa perbicaraan) nak jumpa dengan Anwar Ibrahim. Saya tengok pun geleng kepala dengan telatahnya (Dr Mahathir). Orang macam ini kita tidak boleh pakai.

"Kita kena ada pendirian, dalam politik kalah menang tidak mengapa asalkan ada maruah diri, dia boleh berbuat demikian tetapi saya tidak boleh," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Tambahan Hospital Jerantut dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Jerantut di sini hari ini.

Najib berkata Dr Mahathir selama ini hanya menjadi ''kuda tunggangan DAP" untuk memecahbelahkan Orang Melayu di negara ini bagi merealisasikan hasrat politik mereka menjatuhkan kerajaan.- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo