Tun M dicabar tanding di KT



oleh: HAJI AHMAD AMZAD HASHIM

Tadi saya berceramah di Losong Hj Mat Shafie. Saya sebut Tun Mahathir yg bertanggungjawab mulakan masalah berkait isu royalti Petroleum Terengganu sehingga merencat keupayaan merancang pembangunan negeri dgn baik.

RM10 billion wang Terengganu hangus dalam skandal PERWAJA di zaman Mahathir.

Bila Tun M dengan angkuhnya berkata dia boleh menang bertanding di mana mana Parlimen, di depan hadirin ceramah itu saya meminta izin dari Yang Di Pertua PAS kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah untuk mencabar jika betul Tun fikir dia boleh menang di mana mana pun, kita cabar Tun Mahathir supaya bertanding di Kuala Terengganu.

InsyaAllah rakyat Kuala Terengganu nak beri isyarat besar kepada Tun M bahawa kami tidak redha walau sesenpun dari apa yg Tun M perlakukan terhadap Terengganu dalam isu Royalti Terengganu dan mengutuk diskriminasi berasaskan politik yg memangsakan Terengganu dan Kelantan yg majoriti orang Islam dan Melayu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget