Toto dan Magnum Masih Ada Di Kelantan



oleh: Dr Azman Ibrahim

TPM janji kalau BN menang, judi akan dihapuskan di kelantan. Wow! Janji yang sangat baik sebab judi bukan hanya Islam kata haram, tapi semua manusia sejagat mengakui keburukan kesan judi kepada individu, keluarga dan masyarakat. Tapi soalnya masih adakah lagi premis judi berlesen di Kelantan? Dengan kuasa terhad yang dimiliki sebuah kerajaan negeri, anak-anak Kelantan yang lahir selepas tahun 1990 sebenarnya sudah tak kenal apa itu kedai judi di Kelantan.

Setakat yang saya tahu dan pernah jumpa, hanya kedai toto saja yang ada. Terutama di kawasan bebas cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Ramai peniaga yang jual toto. Saya sangat berharap agar toto ini tak dihapuskan. Kesian rakyat marhaen nak cari makan samah serial. Magnum pun saya pernah jumpa. Kanak-kanak memang sangat sukakan Magnum termasuk anak saya. Di kedai biasanya Magnum disimpan dalam peti aiskrim. Sekali lagi saya berharap agar Magnum ini tak diharamkan BN bila menang di Kelantan nanti!

Semua orang tahu lesen judi adalah kuasa Kerajaan Pusat. Negeri Kelantan dengan Dasar Membangun Bersama Islam hanya memanfaatkan kuasa kerajaan tempatan untuk meluluskan lesen premis perniagaan. Kamu ada lesen judi yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Tapi nak berniaga di kelantan, lesen premis bangunan perniagaan hak kerajaan negeri. No more premis judi selepas PAS menang di Kelantan tahun 1990 dan Terengganu tahun 1999.

Soalnya sebab apa janji kalau BN menang di Kelantan baru nak buat itu dan ini? Apakah kerana BN dah tak yakin mereka mampu mengekalkan kuasa di Pusat? Atau mereka terlupa bahawa selain dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, di negeri-negeri lain mereka memegang teraju kuasa. Tak bolehkah apa yang mereka janji nak buat di Kelantan, mereka buat dulu di negeri-negeri yang telah sedia di tangan BN.

Inilah yang tuan puan perlu sedar bahawa betapa istimewanya bila memilih PAS. Kita akan jadi anak emas yang dijanjikan dengan bulan dan bintang. Padahal yang dah sedia mengundi BN hanya biasa-biasa saja. Sebab itu kalau tuan puan berhajat nak dapat apa yang sebelum ini tak diperolehi dari BN, undilah PAS! Wang Ehsan dan Dana Khas Terengganu memang tak ada sebelum PAs menang di Terengganu. Lepas PAS Menang barulah ada. Untuk nak ambil balik negeri daripada PAS, BN akan sanggup buat apa saja. Yang senyum akhirnya ialah rakyat. Sebab itu takut apa nak undi PAS.

Kampung Tok Dor Luar di Jabi ialah salah satu kubu kuat Umno. Selepas PRU 2013, kita telah berjaya menubuhkan PAS Cawangan Tok Dor Luar. Bila PAS berjaya menubuhkan cawangan di kampung ini, ramai penyokong PAS yang sebelum ini tak dapat duit hari raya tiba-tiba dapat. Hairan juga mereka. Ingatkan lepas tubuh Cawangan PAS akan lebih kena tekan. Rupanya lebih murah rezeki.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget