NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tingkat imej mahkamah syariah setaraf sivil - Tengku Abdullah



MARAN 30 Mac - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu mahkamah syariah dinaik taraf agar setanding mahkamah sivil bagi memartabatkan undang-undang Islam di negara ini.

Baginda bertitah, sebagai permulaan, di negeri ini satu undang-undang berkaitan akan dibahaskan di Dewan Un-dangan Negeri (DUN) untuk dimasukkan dalam undang-undang tubuh kerajaan.

“Tujuan utama adalah untuk menaikkan imej mahkamah syariah dan menjadi misi jangka panjang terutama dalam memperketatkan undang-undang syariah dan hukum syarak.

[ads-post]

“Saya mahu ada hala tuju agar setanding mahkamah sivil. Kita mulakan dahulu dan proses seterusnya akan di-perhalusi oleh badan kehakiman,” titah baginda.

Tengku Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Masjid As Sobirin di Felda New Zealand di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tingkat-imej-mahkamah-syariah-setaraf-sivil-tengku-abdullah-1.638133

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo