"GST tidak betul, tidak popular!"- Syahir Sulaiman



Pengarah Strategi Pemuda PAS, Sdr. Syahir Sulaiman secara sinis membidas panelis dari BN dalam satu forum anjuran Merdeka Centre semalam dengan mengatakan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah idea yang 'tidak betul dan tidak popular'.

Tegas beliau, Consumer Price Index(CPI) Malaysia yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia dan Department of Statistics Malaysia (DOSM) menunjukkan perbezaan yang ketara sebelum dan selepas pelaksanaan GST.

"Tahun ini (Februari 2018) berbanding Mac 2015 CPI naik pada kadar 9.5%. Tetapi tiga tahun yang sama 2015 ke 2012 (sebelum pelaksanaan GST) hanya naik pada kadar 6%. Sejak GST dilaksanakan sehingga sekarang ini ia meningkat lebih tinggi berbanding sebelum GST dilaksanakan"

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertegas mengatakan bahawa kenaikan harga barang bukan berpunca dari GST, sebaliknya beliau menyalahkan tindakan orang tengah(kartel) yang memanipulasi harga.

Forum tersebut yang bertajuk 'Manifesto PRU14: Apa Tawaran untuk Anak Muda' menampilkan tiga panelis muda dari ketiga-tiga gabungan politik, Sangetha Jayakumar (Bendahari Pemuda PH), Syahir Sulaiman (Pengarah Strategi Pemuda PAS), Zaidel Baharuddin (Setiausaha Eksekutif Pemuda BN).
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget