NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tentera US, UK, Peranchis Serang Syria


Tentera bersekutu US, UK dan Peranchis telah melancarkan serangan yang menyasarkan fasiliti senjata kimia rejim Syria, susulan serangan gas di Douma berhampiran Damsyik minggu lalu.

Menurut kenyataan dari Pentagon, serangan yang dilakukakan pada awal pagi Sabtu itu mengenai dua tempat di Damsyik dan satu lagi di Homs yang disyaki digunakan sebagai tempat menyimpan atau menguji senjata kimia.

Kementerian Pertahanan UK menyatakan empat jet pejuang Tornado yang terbang dari Cyprus merupakan sebahagian daripada penyerang di Homs. Manakala Peranchis melancarkan 12 misil daripada jet pejuang dan frigat dalam serangan koordinasi udara dan air.

Presiden Rusia Vladimir Putin yang merupakan sekutu rejim Syria, menyifatkan serangan tersebut sebagai "tindakan pencerobohan" dan akan menyebabkan krisis kemanusiaan di Syria bertambah buruk.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo