NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teka-teki pencalonan Khalid masih jadi perhatian





Lagi dua minggu sebelum pilihan raya umum 9 Mei ini, PAS masih berdepan soalan sama ada akan membariskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon mereka.

Hari ini soalan itu berbangkit lagi dalam soal jawab Pemuda PAS bersama anak muda di Bangi.

Walaupun tuan punya badan telah menjelaskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini, sesetengah pemimpin PAS bagaimanapun masih berteka-teki berkaitan perkara itu.

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi misalnya masih tidak memberikan jawapan pasti.

“Jawapan itu akan terjawab di hari penamaan calon.

“Kita masih ada beberapa kawasan lagi yang belum diputuskan, antaranya di Kelantan dalam masa terdekat ini,” kata calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok itu.

Mengulas lanjut, anak presiden PAS itu berkata Khalid sebagai penyandang kerusi parlimen Bandar Tun Razak itu sangat komited dengan PAS dari dulu hingga kini.

Sehubungan itu, katanya, tidak mustahil PAS terus bekerjasama dengan Khalid.

“Untuk makluman juga esok Tan Sri Khalid akan bersama kita dalam pelancaran manifesto PAS sekali gus menunjukkan komitmen beliau bersama PAS dan Gagasan Sejahtera,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo