Tawaran PAS Buat Komuniti OKU


Oleh: Mohammad Faizal Che Yusof


Antara 20 tawaran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke 14 PRU14, termasuklah tawaran bersifat inklusif bagi komuniti kurang upaya. Ia termaktub dalam tawaran ke 17 iaitu “Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri”.


Bila PAS meletakkan agenda pembangunan OKU itu dengan paksinya memperkasa, ia sekaligus meletakkan PAS sangat sedar betapa telah ada usaha yang dilaksanakan sehingga kini dalam hal pembangunan OKU. Apa yang menjadi kesediaan PAS adalah perlunya usaha yang sedia ada diperkasa. Ddengan erti kata lain, PAS meletakkan satu keiltizaman baru dalam hal pembangunan OKU.

Sebagaimana Islam mengiktiraf potensi dan keupayaan diri seorang insan termasuklah golongan kurang upaya, kerana itulah PAS meletakkan keiltizaman pemerintah itu haruslah menepati apa yang telah menjadi nas sejak awal lagi. Bagi membina golongan kurang upaya berasaskan potensi dan keupayaan diri, ia bukanlah suatu yang bersifat enteng.

[ads-post]

Meskipun ia menyentuh diri individu OKU itu sendiri, penyediaan system sokongan kea rah pembinaan potensi dan keupayaan diri itu adalah tanggungjawab utama pemerintah. Di sinilah PAS cukup sedar kesungguhan dan keprihatinan pemerintah itu sangat diperlukan.

Langkah yang telah diambil oleh PAS sebelum menyertai PRU 14 telah memberi gambaran jelas bahawasanya PAS bersedia memikul tanggungjawab yang dijanjikan. Sama ada di peringkat dalaman, atau selaku badan siasah dan pembangkang, serta pada peringkat pemerintahan di Kelantan, PAS telah punyai pengalaman dalam hal-ehwal OKU.

PAS telah merangka suatu usaha yang cukup menjadikan ia bersedia dengan apa yang diekmukakan. Memadai saya bentangkan bila PAS melancarkan suatu usaha yang dinamakan Unit Pengupayaan Orang Kurang Upaya “UPAYA” di Tawau 18 Mac lalu dan menubuhkan Majlis Perundingan OKU Negeri “MPON” di peringkat kerajaan di Kelantan, ia adalah langkah terkehadapan PAS dalam menyantuni cabaran yang didepani oleh komuniti OKU.

UPAYA adalah produk terkini PAS setelah unggulnya ia dengan PASTI dan AMAL. Sementara MPON adalah badan tertinggi peringkat kerajaan negeri bagi membantu kerajaan merencana dan melaksanakan program bagi kepentingan OKU. Lebih dari itu, MPON adalah badan seumapamanya diwujudkan di peringkat negeri di Malaysia.

Penubuhan UPAYA di peringkat parti dan MPON di peringkat kerajaan haruslah disedari bukanlah sekadar program mi segera yang bersifat jadi serta merta. Ia telah melalui proses penghadaman dan liku pengalaman yang pelbagai hingga memungkinkan penubuhan kedua-duanya.

Penyediaan suatu system sokongan adalah suatu usaha yang bersifat menyeluruh yang perlu dipertanggungjawabkan kepada pemerintah. Penggembelingan pelbagai pihak temrasuklah agensi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat adalah suatu usaha yang perlu didokongi rasa iltizam dan kesungguhan.

Demikianlah kesiapsiagaan yang ada pada ketika PAS menawarkan diri untuk diberi kepercayaan sebagai peneraju pemerintahan di peringkat persekutuan. Pada penulisan akan datang, saya akan cuba menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS dalam memenuhi tawaran ke 17 manifetonya dalam PRU14.

Mohammad Faizal Che Yusof adalah Timbalan Pengerusi 3, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget