NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR tolak pencalonan Tian Chua untuk bertanding

0

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan, Chua Tian Chang atau Tian Chua difahamkan tidak layak bertanding di kerusi parlimen Batu berikutan kes Mahkamah Tinggi Shah Alam melibatkan denda RM2000 pada tahun 2013 atas kesalahan menghina polis.

Tian Chua sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Batu pada dua pilihanraya sebelum ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN).

Beliau menyalahkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana didakwa tidak melakukan semakan dengan Peguam Negara dan pihak berkaitan sebelum menolak pencalonannya.

"Saya dengan perasaan sedih dan marah, pegawai SPR telah membuat satu rulling bahawa penamaan calon saya telah ditolak atas alasan denda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi telah menjadikan saya ditolak. Ini adalah satu keputusan SPR tanpa rujuk pada Peguam Negara atau mana-mana pihak.

"Dalam kes sebelum ini, tahun 2013, hukuman yang sama RM2,000 telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bahawa tidak hilang kelayakan dengan RM2,000 denda. Malah, speaker juga telah buat rulling yang sama tetapi kali ini pegawai SPR kata apa yang sebelum ini tidak terpakai pada PRU kali ini," katanya dalam satu rakaman video di Facebook peribadinya di ibu negara.

Justeru, Tian Chua menyifatkan tindakan sebagai penghinaan kepada mahkamah.

"Ini adalah satu contempt of court. Mahkamah Tinggi Shah Alam menyatakan dengan jelas denda RM2,000 tidak hilang kelayakan tetapi pegawai SPR P115 tadi, Encik Anuar telah tidak menerima penamaan calon saya.

"Ini satu taktik kotor dan nampaknya BN takut dalam PRU ini dan guna alasan untuk kurang peluang kemenangan kita. Jangan putus asa dan kecewa kerana BN tidak akan rampas Batu dengan cara ini," tambahnya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/spr-tolak-pencalonan-tian-chua-di-parlimen-batu-173997

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo