Shah Alam: Bekas MB jangka PAS menang



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan PAS akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau juga menjangkakan kedua-dua kerusi DNS di bawah Parlimen Shah Alam akan dimenangi oleh PAS.

Khalid berkata demikian dalam Program Program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU 14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, malam tadi yang disiarkan secara langsung. Turut berucap ialah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ustaz sallehen Mukhyi.

Beliau memberikan sedikit statistik berkaitan pengundi di kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum lepas di mana pengundi berdaftar sebanyak 99,957 dengan pengundi Melayu sebanyak 69%, pengundi Cina (16%) dan pengundi India (15%).

Statistik terkini pengundi di Shah Alam sebanyak 91,171 orang dengan pengundi Melayu sebanyak 77%, pengundi Cina (7%) dan pengundi India (13%).

Beliau menjangkakan PAS akan mendapat sekurang-kurangnya 44,000 undi pada PRU14, Pakatan Harapan (16,000 undi) dan Barisan Nasional (34,000 undi).

Sehubungan itu, katanya jentera PAS perlu bekerja keras dan dapat menggunakan peluang yang ada dengan baik supaya dapat mengambil kembali kerusi Parlimen Shah Alam. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget