NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: Mengapa PAS yakin menang?


KETIKA nujum politik mengatakan PAS akan tumbang di Kelantan dan sekerusipun diperolehinya di Parlimen, saya terpanjat markas sebuah Dun PAS di Selangor dan saya terperanjat dengan papan culanya yang memaparkan ia mengatasi Barisan Nasional dan meletakkan jauh di tempat ketiga.

Masih sekitar 40 peratus pengundi yang belum dan tidak dapat dicula, tetapi dalam hampir setiap peti undi yang dicula BN di belakang PAS dan Harapan nombor tiga.

Saya tanya bila cula ini buat?

Jawapannya, beberapa bulan dulu, selepas PAS memutuskan untuk bertanding sendiri.

Katanya, ini bukan yang terkini. Sudah ada lebih dari sekali ia dikinikan tetapi ia tetap meletakkan PAS di depan dan memeranjatkan Harapan tidak sepertiga dari yang PAS perolehi.

Saya tidak mahu mengatakan cula itu khayal kerana PAS menang di DUN itu dalam PRU13 dulu.

Memang Noh Omar, ketua BN Selangor tidak berminat bertanding negeri sebagai calon Menteri Besar, kendatipun dia menang di kawasannya, dia berkemungkinan akhirnya menjadi ketua pembangkang. Adalah baik baginya menjadi menteri dalam kerajaan pusat dari menjadi ketua pembangkang di sebuah negeri yang BN kalah.

Dalam PRU lalu PAS di situ kerana ia sebahagian dari Pakatan Rakyat dan mendapat sokongan dari penyokong DAP.

Sekarang DAP tidak membenarkan penyokong tegarnya memberi undi kepada PAS. Justeru pandangan sekalian nujum PAS tidak berkemungkinan mengulangi apa yang didapatinya dulu. Bahkan orang PAS pun ada yang menujum begitu hingga mereka berkumpul di luar PAS mendaftar diri menjadi kerabat Harapan.

Tidak mahu berimamkan Abdul Hadi Awang lagi baik mati mahupun hidup. Begitu ramai mengharapkan Haji Hadi mengimamkan solat jenazah mereka, mungkin hati kecil PM Najib berfikir, tapi tidak mengapalah mereka diimamkan oleh Dr Mahathir (Mohamad).

Selama ini saya kurang mengambil berat azam dan keyakinan PAS unuk memerintah Selangor. Sekalipun saya menyeru pengundi dan rakyat yakinlah atas janji Allah memenangkan Islam, dalam konteks ini PAS tetapi saya rasa peluang PAS di Selangor itu di belakang peluang Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Saya tetap bersama PAS menjadikan Selangor negeri sasaran. Tiada ertilah saya orang PAS jika saya tidak mengharapkan PAS menang di mana-mana.

Setelah melihat cula di dinding markas DUN itu saya bersemangat bahawa PAS Selangor tidak sekadar retorik. Ia ada asas menjadikan Selangor target setelah dua penggal bersama Khalid Ibrahim dan Azmin Ali mentadbir Selangor.

Pemimpin PAS tempatan tidak bimbang sekalipun Dr. Mahathir memimpin pakatan pembangkang kerana mereka dipandu oleh culanya. Jika majoriti DUN yang ditanding PAS di Selangor begitu culanya, maka benarlah pendirian mereka untuk bertanding sendirian sekalipun menjadikan pertandingan kali ini tiga penjuru.

Yang menakutkan semua sebelum in ialah pengudi DAP tidak mengundi PAS, tetapi cula yang DUN itu dapati pengundi bukan Melayu tidak memberi kesan besar kepada arus politik di kawasan itu.

Kiranya pengundi bukan Melayu tidak negatif sangat kepada PAS, maka dengan izin Allah PAS Selangor berharapan cerah membentuk kerajaan di Shah Alam.

Apapun saya tidak suka bercakap garang dengan peluang yang ada tetapi suka mengiring hasil cula itu mengajak penyokong PAS berpesan-pesan kepada kemenangan dengan mendapat keredhaan Allah sepenuhnya.

Subky Latif merupakan anggota veteran PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo