#RUU355: Speaker akui usul telah dikemuka sebaiknya


Oleh: NUR HASMIRA MOHAMAD

05 April 2018

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat memutuskan perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Azalina Othman Said menjelaskan, di bawah peraturan 12(1), Dewan Rakyat akan ditangguhkan sebaik sahaja selesai perbahasan urusan usul daripada Menteri Kewangan, tengahari tadi. 

Demikian juga hari ini merupakan hari terakhir sidang Dewan Rakyat Penggal Keenam Parlimen Ke-13 yang telah bersidang selama 20 hari bermula pada 5 Mac sebelum diumumkan pembubaran Parlimen. 

Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Di mana menurut Pandikar, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin dalam membentangkan Rang Undang-undang tersebut pada 6 April 2017. 

Ujar Takiyuddin lagi, ini sekali gus dapat menepis tuduhan terhadap PAS yang dikatakan gagal membawa usul tersebut sehingga habis. 

"Di luar sana terlalu banyak sangat kenyataan malahan satu tuduhan mengatakan bahawa (Ahli Parlimen) Marang telah gagal membawa usul ini sehingga tidak boleh dibahaskan dalam Parlimen. 

"Jadi untuk isu ini kita sampaikan kepada Tan Sri Speaker bahawa budi bicara untuk nak membenarkan meneruskan perbahasan seterusnya adalah terletak kepada Parlimen," katanya pada sidang media Parlimen hari ini. 

Maklum beliau, pihaknya turut berpuas hati dengan penjelasan daripada Speaker Dewan yang menjelaskan usul tersebut akan diangkat semula dalam Sidang Parlimen Ke-14 tertakluk kepada pihak akan menjadi kerajaan selepas PRU14 ini. 

"Penjelasan daripada Tan Sri Speaker yang saya dan juga rakan-rakan PAS berpuas hati sekarang ini bahawa usul ini PAS telah melakukan peranan kami untuk membawa usul ini. 

"Pindaan ini hanya boleh dibuat selepas daripada perbahasan ada pengundian ada 'simple majority' barulah usul akan diambil alih oleh Kerajaan Pusat. 

"Itu dia punya prosedur. Kesimpulannya kami telah mengemukan isu ini saya rasa kami telah berpuas hati dengan penjelasan daripada Tan Sri Speaker," jelas beliau. -HARAKAHDAILY 5/4/2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget