NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Raja Swaziland tukar nama negara, eSwatini

Raja Mswati III mengumumkan pertukaran nama negara Swaziland kepada eSwatini, 50 tahun selepas merdeka daripada penjajahan British.

eSwatini bermaksud, "Tempat Swazi," merupakan nama asal dalam bahasa Swazi untuk Swaziland. Negara kecil yang terletak di antara utara Afrika Selatan Mozambique ini tidak menukar nama semasa menerima kemerdekaan pada tahun 1968 setelah dijajah British lebih 60 tahun.

Raja Mswati III mengumumkan pertukaran nama  semasa perayaan Hari Kemerdekaan negara tersebut di sebuah stadium dekat Manzini.

Mswati yang menaiki takhta pada tahun 1986 ketika berusia 18 tahun, memerintah secara dekri. Parti politik dilarang menyertai pilihanraya. Hanya calon yang diluluskan oleh raja sahaja yang boleh bertanding. Negara tersebut mempunyai populasi seramai 1.3 juta orang.

Setelah merdeka, negara Afrika lain menukar nama negara kepada nama asal sebelum penjajahan. Rhodesia menjadi Zimbabwe, Nyasaland menjadi Malawi, dan Bechuanaland menjadi Botswana.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo