PRU14: PH bagai retak menanti belah?


KUALA LUMPUR 3 April - Apabila lawan menjadi rakan, sudah tentu banyak perkara yang tidak dipersetujui dan tidak mustahil akan kembali menjadi lawan. Itulah yang mungkin bakal berlaku kepada kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP. 

Bibit-bibit awal perpecahan dalam Pakatan Harapan nampaknya sudah kelihatan semakin serius bagaikan retak menanti belah apatah lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri ‘mendedahkan’ tidak sependapat mengenai manifesto yang disifatkan sebagai populis dan tidak dapat dipenuhi.

Bukan itu sahaja, perbezaan pandangan itu sebenarnya bukan lagi rahsia apatah lagi DAP masih ‘berdegil’ berpegang teguh kepada prinsip Malaysian Malaysia manakala pemimpin lain seperti Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘terpaksa’ membuat beberapa kali pusingan U demi kepentingan politik. 



Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, jika dilihat kepada sejarah, kemungkinan besar Pakatan Harapan bakal terkubur seperti apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat walaupun baharu satu penggal ditubuhkan. 

[ads-post]

Jelas beliau, perbezaan ideologi yang ketara antara setiap parti dalam Pakatan Harapan membuatkan tiada sesiapa yang boleh mengawal rentak, malah mereka juga menganggap setiap parti itu adalah saingan sesama sendiri. 

“Kemungkinan untuk mereka tidak sependapat sebenarnya boleh berlaku bila-bila masa kerana masing-masing mahu menjadi juara. 

“Hal ini sangat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana UMNO adalah parti dominan yang mengawal rentak semua parti-parti komponen lain di samping semua keputusan dibuat secara konsensus,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sebelum ini, Dr. Mahathir dalam wawancara bersama Sunday Times Singapura minggu lalu mengakui ada janji yang dimasukkan dalam manifesto kerana populariti terutama menghapuskan tol. 

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dilaporkan berkata, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan pemansuhan tol dalam manifesto mereka namun ia telah dipersetujui semua kepimpinan termasuk bekas Perdana Menteri itu sendiri. 

“Saya tekankan bahawa adanya manifesto yang mengikat dan dipersetujui oleh semua pimpinan kanan Pakatan Harapan termasuk Tun Mahathir,” kata Wan Azizah seperti dipetik portal propembangkang, Malaysiakini. - UTUSAN ONLINE
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget