NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: BN Sarawak Lancarkan Manifesto



KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) negeri bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

“Hari ini kami melancarkan manifesto BN Sarawak untuk melengkapi manifesto BN diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), dan apa yang lebih penting ialah untuk memastikan aspirasi semua rakyat di Sarawak menjadi kenyataan,” kata pengerusi BN negeri itu semasa melancarkan manifesto itu di ibu pejabat Parti Pesaka Bumpitera Bersatu (PBB) Sarawak di sini. 

Bertema “Mentransformasi Sarawak Menerusi Ekonomi Digital”, ia menggariskan enam teras dengan yang pertama mengikrarkan bahawa kerajaan negeri akan terus melindungi hak-hak Sarawak dan memulihara keharmonian, dan keduanya adalah untuk terus menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan pendidikan lebih baik. 

Kerajaan negeri juga berjanji untuk terus berusaha meningkatkan transformasi luar bandar dan, untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, serta akan mengusahakan peluang-peluang baharu bagi kemajuan dan kemakmuran berterusan. 

Teras keenam pula mengandungi janji kerajaan negeri untuk terus mengamalkan tadbir urus baik dan berintegriti. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo