P.Pinang: Parti Rakyat Malaysia Berikrar Akan Tumbangkan DAP


Sebelum ini, Penang Front Party (PFP) dilaporkan telah bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya di 13 kerusi DUN Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi menentang parti DAP, kini Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang kali terakhir bertanding pada pilihan raya umum 2008 membuat kemunculan semula.


PFP diluluskan pendaftarannya pada 9 September tahun lalu yang dikatakan akan berjuang membawa membawa ‘suara’ rakyat negeri ini bagi menentang DAP yang disifatkan mereka hanya memiliki kepentingan peribadi. 

Manakala PRM yang pernah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum berpecah, bertanding dalam tahun 2004 dan 2008 piliran raya, juga berikrar akan tumbangkan DAP di Pulau Pinang. 

[ads-post]

Parti itu kini dikatakan sedang giat mengesan ahli yang sedia ada dan juga merekrut yang baru. 

“Kami mempunyai 12 bahagian di Pulau Pinang dan telah dapat berhubung dengan ahli-ahli kami. 

“Pada 2015, Azman Shah Othman bertanding di Permatang Pauh tetapi hilang,” kata Pengerusi Pulau Pinang Tang Hiang Lye yang juga pengerusi bahagian Juru. 

“Pada pilihan raya umum akan datang, kami berhasrat untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan PRM Ariffin Salimon berkata, parti itu adalah parti berbilang kaum dan ahli bekerja dalam suasana harmoni. 

“Semua orang adalah sama di zaman moden ini,” kata Ariffin. 

Parti itu dikatakan memberi tumpuan kepada Pulau Pinang kerana selepas dua penggal di bawah parti rasis dan cauvinis DAP, kerajaan telah tidak melihat banyak perubahan. 

“DAP tidak menyelesaikan isu-isu perumahan. Banyak tanah kerajaan telah dijual kepada pemaju untuk membina rumah-rumah yang rakyat Pulau Pinang tidak mampu,” dakwa setiausaha penganjur, Koh Swe Yong. – Utaranews.com 05/06/2017
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget