NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

POTENSI PAS PRU KE-14

PAS mempunyai sasaran yang jelas pada PRU ke 14 iaitu majoriti mudah 112 kerusi parlimen dengan bertanding 158 kerusi parlimen.

Respon masyarakat terhadap tawaran PAS untuk menghapuskan GST dan menggantikannya dengan cukai terhadap lebihan harta pemilikan orang kaya seperti cukai pegangan saham dan cukai simpanan korporat dilihat boleh memberikan kejutan kepada PAS.

PAS berpeluang mengekalkan kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke 13 dan juga berpeluang memenangi kerusi-kerusi campuran yang dimenangi oleh PKR pada PRU ke 13 menerusi strategi 3 penjuru. PAS juga berpeluang besar memenangi kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh MCA dan MIC dengan membentuk gelombang sokongan Melayu Muslim terhadap PAS.

Gelombang rakyat menolak UMNO yang terpalit dengan pelbagai isu integriti dan juga asakan Tun Mahathir yang memecahkan UMNO lebih menguntungkan PAS berbanding PH di kerusi-kerusi UMNO menang tipis di 33 kerusi parlimen pada PRU ke 13.

Bersatu dan PKR tidak mampu menawan kerusi-kerusi ini dalam persaingan 3 penjuru. Ia adalah kerusi tradisi PAS bersaing dengan UMNO sejak dulu. Maka PAS lebih berpotensi memenangi kerusi-kerusi ini.

Dengan latar belakang akademik yang kuat calon-calon parlimen PAS kali ini maka PAS adalah sebenar-benar saingan bagi UMNO.

Saya menyeru ahli dan pimpinan PAS bekerja keras membawa mesej PAS bagi menyelamatkan negara ini dengan Islam agar kemenangan berpihak kepada PAS.

Dato Dr Khairuddin Takiri

JK DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

29.4.2018

Sumber: https://berita.pas.org.my/potensi-pas-pru-ke-14/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo