NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihanraya Presiden Mesir; al-Sisi Kekal Jawatan


Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi mengekalkan jawatan selama empat tahun lagi, setelah memenangi 97% undian dalam Pilihanraya Presiden minggu lalu.

Jumlah undian yang sama diperolehi al-Sisi ketika memenangi pilihanraya 2014. Walaubagaimanapun, jumlah keluar mengundi hanya sebanyak 41%, kurang enam peratus berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pegawai pilihanraya berkata, 7% daripada 24 juta kertas undi telah pun dirosakkan. Jumlah undi rosak lebih banyak daripada undi yang diterima oleh pihak lawan, Moussa Mostafa Moussa dari parti al-Ghad.

Pihak pembangkang telah melancarkan boikot, apabila beberapa orang calon pilihanraya menarik diri ataupun ditangkap. Al-Sisi walaubagaimanapun tidak mengakui bertanggungjawab di sebalik penarikan diri calon-calon tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo