Persempadanan bukan faktor parti kalah atau menang PRU14 - Penganalisis politik



KUALA LUMPUR: Semua parti politik seharusnya sudah tahu kemampuan masing-masing dan tidak mengukur kekuatan berdasarkan persempadanan semula pilihanraya.

Penganalisis politik, Datuk Ismail Sualman berkata, ia sekali gus menafikan dakwaan pembangkang akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) selepas usul itu diluluskan dengan persetujuan 129 Ahli Parlimen.

Jelasnya, persempadanan mengikut kepadatan penduduk dan demografi memudahkan pengundi secara keseluruhannya.

"Kadang-kadang ada parti yang syok sendiri. Pengundi sebenarnya mengikut parti yang ada jadi perubahan tidak beri kesan sangat kepada parti kerana orang memilih parti berdasarkan isu semasa.
"Sebelum ini, tidak ada Parti Amanah atau Bersatu. Senario berbeza, kalau senario berbeza jadi pengundi akan ikut parti mana, bukan persempadanan mana.

[ads-post]


"Jadi dia (parti) tidak perlu risau kalau itu berlaku, kalau parti kuat dia tidak perlu risau persempadanan semula. Sebab persempadanan semula sebelum ini, ada kemenangan pembangkang menawan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan," katanya.

Ismail mengulas implikasi persempadanan kawasan pilihanraya yang diluluskan Dewan Rakyat pada Rabu.

Sebanyak 98 kawasan Parlimen mengalami perubahan, sama ada dari segi sempadan atau nama, berdasarkan kajian semula persempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daripada jumlah tersebut, 12 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara bakal mengalami perubahan nama.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff menjelaskan, Pakatan Harapan perlu bekerja lebih keras dalam menawan hati pengundi Melayu dengan persempadanan semula yang dilaksanakan.

"Ia akan memerlukan pihak PH untuk bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan. Seperti mana yang kita tahu, PH perlu sokongan daripada pengundi Melayu yang kuat bagi mereka capai kemenangan.

"Cuma kita lihat sebelum ini adalah pemimpin PH uar-uarkan ada tsunami Melayu yang akan membolehkan PH menang PRU14.

"Kalau tsunami ini benar-benar wujud, maka bagaimanapun sempadan itu cuba diubah untuk memenangkan pemerintah, PH ada ruang untuk membuat upset (kejutan)," jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan usul berkata, kerajaan telah mengkaji dengan teliti syor-syor dalam laporan kajian semula tersebut dan tidak mencadangkan apa-apa perubahan dibuat.

Jelasnya, kajian semula persempadanan ini telah dilaksanakan sepenuhnya berlandaskan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usul berkenaan kemudian diluluskan dengan 129 menyokong dan 80 menolak. 
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget