NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembunuhan Imam: Keselamatan Negara Dihujung Tanduk?


Berita pembunuhan as-syahid Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35,  di Setapak awal pagi semalam telah menggemparkan seluruh Asia Barat dan rakyat Malaysia. Pembunuhan ini disifatkan satu pembunuhan kejam apabila pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) yang merupakan seorang warga Palestine telah ditembak sebanyak 10 kali ketika berjalan kaki dari kondominiumnya ke surau berdekatan untuk menunaikan solat subuh.

Rentetan kejadian ini, beberapa berita luar negara tidak menyangkal kemungkinan wujud Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad di Malaysia pada hari ini. Malah, Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah mendakwa pembunuhan tersebut merupakan salah satu perancangan yang dibuat oleh Mossad yang suka mencari jalan membunuh pemimpin ummat Islam diseluruh dunia.

Kewujudan Mossad di Malaysia masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Kehadiran Agensi Perisikan Israel yang mengganggu keamanan negara ini membuktikan kerapuhan sistem pertahanan negara yang membolehkan mereka melepasi sempadan dengan mudah. Beberapa insiden lain yang berlaku di negara ini seperti kes pembunuhan Kim Jong-nam yang me­rupakan abang kepada pemimpin ter­tinggi Korea Utara, Kim Jong-un juga merupakan satu eviden sistem keselamatan dan pertahanan negara seolah berada dihujung tanduk.

Selain sistem keselamatan negara yang lemah, kemungkinan juga terdapat dalang yang menjemput mereka masuk ke Malaysia. Apabila dilihat kembali beberapa fakta yang dibentangkan oleh Mohamad Razali Abdul Rahman, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP pada tahun 2015, DAP merupakan antara parti politik yang telah mendapat didikan secara langsung daripada zionis. Parti ini telah menerima dana yang besar daripada mereka bagi digunakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang lepas. 

Walaubagaimanapun, PAS melalui Presidennya, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menuntut satu siasatan yang telus terhadap pembunuhan tersebut. Beliau turut menggesa agar semua dalang yang yang terlibat dapat dicantas dengan segera.

Rujukan:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo