NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pekan Ajil: Projek RM 18.25 juta Siap Tapi Belum Dimanfaatkan



Oleh: YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
16 rejab 1439H / 3 april 2018

Projek Pembangunan Pekan Ajil yang bernilai RM 18.25 juta. Projek ini mula diwartakan pada tahun 2006 dan siap sepenuh dan diserahkan oleh UPEN kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu setelah 10 tahun berlalu iaitu 2016.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 hasil pengauditan yang dijalan antara nov 2016 - feb 2017 telah membangkitkan :

1- Projek siap tapi tidak digunakan dan dimanfaatkan..

2- Kualiti kerja yang kurang memuaskan antaranya kebocoran atap.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membatalkan untuk menyewa bagi menempatkan Kolej Matrikulasi Terengganu. 

[ads-post]

Saya membuat tinjauan hari ini di sekitar bangunan tersebut, alangkah rasa sedihnya jika ia terbiar begitu lama kerana dibimbangi kecurian dan kerosakan yang menuntut peruntukan baru. Jika rakyat memberi mandat ke PAS untuk memerintah Terengganu selepas PRU 14, banyak perkara yang boleh dimanfaatkan untuk menjayakan pembinaan ini. Saya bimbang kalau dibiarkan, ia akan punoh.


YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu. 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo