NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: PAS Ishtihar calon pada 19hb serentak kecuali Kelantan pada 25hb


KOTA BHARU: PAS akan mengumumkan calon secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. 

Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, bermula esok juga PAS turut melancarkan manifesto yang kedua. 

Pada perkembangan berkaitan, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya menetapkan tarikh pembuangan undi pada 9 Mei iaitu hari bekerja. 

Menurutnya, PAS sudah menjangka SPR akan menetapkan tarikh bukan hari minggu sebagaimana yang pernah dilakukan agensi tersebut sebelum ini. 

"Namun dari sudut pilihan raya, PAS berpandangan tidak sepatutnya diadakan pada hari bekerja, lebih-lebih lagi pada kali ini hari pembuangan undi sudah hampir hari raya. 

"Apa pun SPR sudah menetapkan tarikh, cuma kita harap pengundi diberikan kemudahan yang perlu untuk mereka balik membuang undi," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis penyerahan borang menyertai PAS JKR 10 petang ini. 

Sebelum itu ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanah Merah Che Mood Che Mamat bersama 59 lagi ahli Umno menyerah borang n kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo