NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sokong Akta Anti Berita Tidak Benar



Berita fitnah dan berita palsu telah jadi makanan rakyat malaysia hari ini.

Betapa ramai telah menjadi mangsa fitnah dan tuduhan palsu sehingga rosak reputasi dan maruah mereka termasuk di khalayak politik.

PAS telah difitnah dengan pelbagai fitnah jahat yang bertujuan mencipta persepsi tidak benar. Kalau dulu media arus perdana kerajaan mensasarkan PAS dengan pelbagai fitnah, terkini media sosial dan media online pula digunakan untuk mencipta fitnah terhadap PAS.

Sampai masa hukuman yang lebih berat dengan mekanisma pengadilan yang lebih efisyen diperkenalkan menerusi akta baru yang lebih efisyen dan adil.

PAS yakin akan memenangi PRU ke 14. PAS memberi jaminan akta ini akan dilaksanakan secara telus dan adil. Apa-apa Akta yang baik akan menjadi baik apabila diuruskan oleh pemerintah yang baik.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
2 hb April 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo