NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS makin berbisa, aqal mereka tersadung lagi


Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Serangan dan fitnah kepada PAS semakin liar.Sebahagiannya agak lucu dan tidak masuk akal. Namun itulah realiti. BN sasarkan PAS, manakala PH pun tumpang dua belah kaki untuk turut sama memudahkan kerja BN mendepani PAS dan Gagasan Sejahtera.

2. Mereka gagal menyembunyikan kebimbangan yang semakin menjerut. Walaupun kepada awam mereka sebarkan propaganda konon PAS kini menjadi parti picisan dan jauh terkebelakang dari saingan politik parti-parti lain. Akhirnya mereka terpaksa juga mengisytiharkan perang gerila terhadap PAS, supaya kemaraan PAS dapat disekat.

3. Mereka tidak boleh tipu diri mereka sendiri. Bahawa ancaman besar bagi mereka bukan UMNO dan BN tetapi PAS dan Gagasan Sejahtera. Justeru peratus serangan mereka terarah kepada PAS jauh lebih tinggi berbanding BN.

4. Mereka sangat takut kepada PAS yang sebelum ini mereka gelar sebagai parti “picisan”. Mereka bagaikan bebudak, demam takutkan hantu yang mereka sendiri reka dan kemudiannya percaya bahawa itu adalah hantu betul.

5. Realitinya PAS tidak mudah untuk diperkecilkan. Mereka pun tahu PAS mempunyai kekuatan asas yang sangat berpotensi untuk memenangi saingan 3 penjuru PRU ke 14 ini. 

6. Berbekalkan jumlah ahli yang mencecah sejuta, pula mempunyai 196 kawasan parlimen dan 7063 cawangan di seluruh negara. PAS menjadi antara parti melayu Islam yang terkuat di nusantara bahkan Asia.

7. Sebab itu, sungguh lucu bila mereka persoalkan, dari mana PAS dapat duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen setelah Ybhg Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS mengisytiharkan hasrat PAS bertanding 160 kerusi.

8. Mereka mencongak, kira-kira RM34.4juta diperlukan oleh PAS untuk bertanding 160 kerusi. Mereka buat-buat tanya, mana PAS ambik duit ? Hasrat mereka untuk cetus kekeliruan dan mereka mahu sahkan bahawa benar PAS ambil duit UMNO.

9. Sedihnya, mereka terpaksa reka fitnah. Nampak macam real. Tapi anak muda sekarang kata , itu poyoo belaka. Bukan sahaja mereka terus gagal membawa bukti atas dakwaan mereka, kini *masyarakat pun sudah penat dan letih untuk mempercayai cerita karut penglipur lara mereka.

10. Anak-anak muda bingkas menjawab, kalau dah ahli PAS ada sejuta. Secara purata setiap orang infaqkan RM35 sahaja. PAS dapat collection sebanyak RM35 juta. Belum dikira sumbangan korporat PAS yang tentu menyumbang pada kadar berlipat kali ganda.

11. Zaman dulu-dulu, PAS lancar derma guna kupiah dan tin milo. Kini PAS lancar derma dengan “tin milo maya”. No akaun PAS, dipublishkan pada segenap channel media baru. Entah berapa juta masuk setiap tahun oleh penyumbang maya. Kau apa kisah ?

12. Kenapa tidak mereka persoalkan sahaja diri mereka sendiri. Parti kecil setahun jagung. Angin pasang besar nak bertanding banyak. Mana mereka dapat duit ? Tidak perlu pun saya sebut, semua orang tersenyum dan sudah boleh bayang wajah “sugar daddy”politik mereka.

13. Lebih kelakar, bagaimana dulunya mereka bermati-matian menuduh PAS terima duit dari UMNO RM90 juta dan meyakininya bahawa ia adalah tuduhan yang benar meskipun mereka sendiri gagal kemukakan bukti. 

14. Tetapi kini, mereka pula bertanya di mana PAS ambil duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen sedang mengikut kiraan mereka, sekurang-kurangnya PAS perlukan RM34.4 juta. Habis tu ? Bukan kah kamu kata PAS ada RM90 juta ? Kenapa bertanya lagi ?

15. Ertinya, mereka sangat tahu, bahawa RM90 juta itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Mereka create fitnah itu untuk jatuhkan reputasi PAS. Mereka tiada modal lain. Mereka tiada hujah kukuh untuk berdepan dengan PAS. Kali ini mereka tersadung lagi, dek kedangkalan aqal mereka.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.


Nasrudin Hassan adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo