PAS komited untuk terus perkasakan pasaran modal Malaysia


Oleh: Mazli Noor

Lanjutan daripada komitmen PAS untuk memastikan bahawa ekonomi Malaysia akan kekal kompetitif sekiranya PAS diberikan kepercayaan mengepalai kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke 14 nanti (PRU14), Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berpandangan pasaran modal Malaysia adalah elemen yang amat penting untuk merealisasikan komitmen tersebut.

Pandangan kami ini adalah berdasarkan laporan terkini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tahun 2017, yang mana ianya menunjukkan peningkatan dan kekal sebagai salah satu sumber pembiayaan utama untuk ekonomi domestik. Antaranya ialah pembiayaan melalui pasaran modal Malaysia meningkat sebanyak 49% dalam tahun 2017 kepada RM146.6 billion daripda RM98.5 billion setahun lalu. Ini merangkumi RM132.11 billion daripada pasaran utama dan RM14.5 billion pasaran sekunder iaitu pengeluaran hak dan “private placement”. Ianya juga menyaksikan pasaran utama sebanyak RM124.9 billion adalah langganan bon dan sukuk manakala RM7.2 billion adalah penerbitan tawaran awam permulaan (IPO).

Angka-angka yang dinyatakan tersebut telah menyumbang kepada saiz pasaran modal Malaysia iaitu pada angka RM3.2 trillion setakat akhir 2017.

Kami amat yakin sekiranya PAS diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk membentuk kerajaan selepas PRU14 nanti, prestasi pasaran modal Malaysia akan terus kekal kompetitif dan diperkasakan kearah membentuk eko-sistem ekonomi yang lebih dinamik. Melalui wawasan untuk meletakkan ekonomi Malaysia dalam struktur yang lebih mapan berasaskan input buruh, pasaran modal Malaysia juga akan menjadi lebih berdaya tahan dengan adanya fundamental yang lebih kukuh.

Melalui pemerkasaan penglibatan rakyat dalam aktiviti ekonomi selaku penggerak utama, rakyat akan lebih mampu untuk terlibat dengan lebih aktif sebagai pelabur di dalam pasaran modal Malaysia. Mengikut Bursa Malaysia, pada masa kini pelabur runcit hanyalah pada sekitar 23% daripada pasaran modal Malaysia. Kami yakin melalui strategi yang betul penstrukturan semula ekonomi dan dasar percukaian, penglibatan pelabur runcit boleh ditingkatkan kepada 30% dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Pada tahap 30% ini maka asas kepada pasaran modal Malaysia akan lebih kukuh kerana sumber kecairan akan datang daripada kepelbagaian portfolio pelabur yang lebih seimbang.

Sudah tentu ini memerlukan kerja keras daripada sebuah kerajaan PAS yang telus, tabir urus cekap dan berintegriti tinggi sebagaimana yang telah PAS buktikan daripada pengalaman pentadbiran selama ini yang bebas daripada amalan rasuah. Elemen ini amat instrumental kerana ianya mempengaruhi penarafan yang akan diberikan oleh agensi-agensi terhadap pasaran Malaysia. Penarafan yang baik pula akan mempengaruhi secara positif profil risiko Malaysia yang akhirnya akan menjadikan pembiayaan daripada pasaran modal Malaysia lebih kompetitif.

Disamping pemerkasaan pelabur runcit, kami juga berpandangan bahawa peranan pelabur asing tidak boleh dikesampingkan kerana ianya juga portfolio penting dalam pelaburan pasaran modal. Dari laporan SC saiz dagangan pelaburan asing dalam 2017 masih kekal dalam imbangan positif pada RM17.6 billion. Namun bagi pelabur asing, apa yang penting adalah keyakinan kepada pasaran Malaysia dan penarafan pasaran.

Kita harus belajar daripada pengalaman lalu sepertimana yang berlaku dalam bulan Oktober 2017 yang mana mengikut MIDF Amanah Investment Bank Berhad, pelabur asing telah menjual sebanyak RM967.3 juta dana dalam minggu pertama Oktober 2017. Ini merupakan penjualan dana oleh pelabur asing yang berlaku secara berterusan selama lapan hari dalam minggu tersebut, tempoh yang paling panjang semenjak bulan Disember 2016. Fenomena “spike” sebegini harus dielakkan bagi menstabilkan pasaran.

Sebagai negara perdagangan (trading nation), sekiranya tiada keyakinan oleh pelabur dan penarafan yang tidak kompetitif, kos untuk pembiayaan di dalam pasaran Malaysia akan menjadi lebih tinggi yang akhirnya akan menjejaskan pulangan kepada pelaburan. Jadi secara asasnya, ianya adalah isu kepercayaan dan keyakinan.

Oleh itu kami yakin bahawa PAS akan mampu mengurus semua sentimen pasaran ini dengan lebih baik dan penuh berintegriti. Sudah tentu keutamaan adalah untuk menyelesaikan isu 1MDB yang masih tertangguh sehingga kini. Penyelesaian segera kepada isu-isu kontroversi ini akan mampu memulihkan keyakinan pasaran dan mengelakkan pengaliran keluar modal asing secara besar-besaran disamping mengukuhkan nilai Ringgit.

Komitmen ini adalah bukti PAS komited untuk memastikan pasaran modal Malaysia akan terus utuh, Semua ini akan dapat PAS rangkumkan melalui pentadbiran berasaskan prinsip Islam, sebagaimana yang ditawarkan melalui Manifesto Malaysia Sejahtera.


MAZLI NOOR adalah Timbalan Pengerusi,
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget