NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS berjanji hapuskan PTPTN tapi bagaimana caranya?


Antara Tawaran PAS utk anak muda adalah melupuskan hutang peminjam2 PTPTN yang sedia ada sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.



Dikongsikan jawapan Ir Haji Khairil Nizam Khirudinsemasa #KonvensyenMahasiswa terhadap soalan “Apakah dengan memansuhkan hutang PTPTN kita akan menambah hutang negara yang telah mencecah lebih daripada 600 billion?

“Pada pendapat kami, ya. Kalau kita lihat daripada laporan Ketua Audit Negara memberitahu bahawasanya pada setiap tahun defisit belanjawan kita akan jadi defisit fiskal. Dan kalau kita tengok kpd Wawasan 2020, target utk Bajet 2020 ialah belanjawan seimbang iaitu tidak ada defisit fiskal.


Dato Seri #NajibRazak di Dalam ucapan bajetnya memberitahu insyaAllah dalam 2018, defisit fiskal akan pergi daripada -3.0 kepada -2.8. Jadi jika pada tahun 2018 pun ada defisit fiskal, mana mungkin pada tahun 2020 akan jadi bajet seimbang?

[ads-post]


Point saya ialah defisit fiskal ini berlaku di antaranya spt mana dinyatakan oleh Ketua Pemuda Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi adalah kerana berlakunya ketirisan dalam bajet negara yang direkodkan saban tahun pada quantum 30-40 billion ringgit. Dan kalau kita lihat, ia direkodkan kerana adanya ketirisan, rasuah, salah guna kuasa & sebagainya.

Dan kalau kita kembali semula kepada bajet kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu pada tahun 1999 & Kedah 2008, ketiga-tiga negeri tersebut berkongsi satu persamaaan. Iaitu laporan drpd SPRM & juga Jabatan Audit membuktikan bahawasanya ketiga-tiga negeri tersebut bebas drpd rasuah.

Dan terbaru pada Disember 2017 kerajaan Kelantan merekodkan bajet surplus iaitu lebih kurang 38 juta keuntungan direkodkan daripada bajet mereka. Bayangkan walaupun angka itu kalau tuan2 nak bandingkan dengan bajet negara yg membawa kpd 280 billion berbanding dengan bajet Kelantan yang tidak sampai nilai itu, tetapi asasnya ialah di mana-mana negeri yg diperintah oleh PAS tidak ada rasuah. Tidak ada salahguna kuasa & tidak ada penyelewengan.

Kalau perkara itu berlaku, dlm erti kata lain, sekiranya PAS memerintah selepas #PRU14 di bawah payung #GagasanSejahtera, kami akan pastikan tidak akan ada ketirisan 30-40 billion seperti yang direkodkan oleh Jabatan Audit Negara. Jangan rasuah, selesai kesemua hutang.
.
#hapusPTPTN #sifar0rasuah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo