NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen ke-13 dibubarkan berkuatkuasa Sabtu, 7 April 2018





PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bermula esok, 7 April bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau memaklumkan demikian pada siaran Pengumuman Khas Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Presint 1, di sini, sebentar tadi yang disiarkan secara langsung di RTM1.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.

Beliau memaklumkan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad ke-V dan menyembah watikah memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubar pada 7 April.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua ketua menteri dan menteri besar menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum Dun dan parlimen dapat diselaras di seluruh negara. – HARAKAHDAILY 6/4/2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo