NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melaka : PRU14, PAS Tanding 23 DUN, 5 Parlimen


MELAKA – PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jumlah kerusi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding hanya 13 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU lepas.

“Pertandingan tiga penjuru le­bih memberi peluang untuk menang di Melaka. Kita biasa tiga penjuru dan empat penjuru, boleh menang kerana akar umbi kita setia pada parti sejak zaman dahulu.

“Kalau berlaku banyak penjuru, biasanya akan timbul kesan negatif,” katanya pada sidang media selepas ceramah perdana dan majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera Melaka di sini tengah malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 hadirin itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sedik dan barisan Gagasan Melaka yang dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) serta Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa).

Pada majlis berkenaan, Gagasan Sejahtera turut melancarkan manifesto pakatan tersebut bagi negeri ini untuk PRU14 dengan menggariskan 11 teras sekiranya berjaya mentadbir kerajaan negeri Melaka.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan enam Parlimen.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS dijangka mengemukakan lebih 50 peratus calon muka baharu termasuk bukan Islam bagi mewakili parti itu pada PRU14 kelak. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo