NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Media Israel tuduh Imam yang syahid pakar dron


Media Israel menuduh Fadi al-Batsh yang ditembak semalam sebagai pakar yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dron Hamas.

Al-Batsh merupakan pensyarah universiti pengkhususan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dan telah tinggal selama lapan tahun di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang imam di sebuah masjid tempatan.

Beliau menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Malaya pada tahun 2015 dan merupakan pensyarah senior di British Malaysian Institute. Kajian yang dilakukan berkaitan penukar kuasa, kualiti tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

Pihak tertinggi Hamas menuduh pembunuhan Al-Batsh dilakukan oleh agensi risikan Mossad.

Pada kejadian Sabtu lalu, pensyarah berusia 34 tahun ditembak oleh dua orang penjenayah bermotorsikal yang melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan ketika beliau dalan perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

Rakaman cctv menunjukkan pembunuh telah menunggu selama 20 minit sebelum kejadian.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kerajaan akan menyiasat kemungkinan penglibatan agen asing dalam pembunuhan tersebut. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo