NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih ada KEADILAN lagikah??



oleh: ROSLAN SMS

Apabila PAS memohon untuk menggunakan kemudahan awam  di bawah PBT , pihak-pihak tertentu merujuk surat pekeliling YB SU Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 4 April 2018 yang melarang penggunaan kemudahan awam termasuk dewan dan kawasan lapang milik PBT Selangor bagi parti-parti politik sepanjang musim PRU ke 14 ini.

Larangan itu ditandatangan sendiri oleh Dato Mohd Amin Ahmad Ahya selaku SUK Selangor.

Malam ini PAS Selangor terpaksa menyewa dewan milik persendirian untuk majlis pengisytiharan calonnya kerana menghormati larangan itu.

Tiba- tiba PH dilaporkan akan menggunakan Stadium Kuala Selangor 23 April ini untuk program parti mereka.

Adilkah begini?

Dahlah peruntuklan tahunan sebahagian besar ADUN-ADUN PAS terus dibeku sehingga hari ini, ini dewan milik kerajaan pun seakan jadi milik mereka.

Perangai ini saling tak tumpah perangai dan amalan BN semasa berkuasa dulu.

Cukuplah rakyat tertipu dengan BN dan PH.

Bangkit rakyat Selangor kita julang keadilan dan tolak kezaliman.

Undilah PAS.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo