NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mantan Pengarah PTG Terengganu masuk PAS



DUNGUN – Mantan Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) yang ke-40 negeri Terengganu, Dato’ Tuan Mamat Tuan Ngah mengisytharkan beliau menyertai PAS kerana memilih parti yang terbaik.

”saya memilih yang terbaik dari yang baik, dan saya menjadi ahli PAS,” ujarnya ketika berucap pada Ceramah Harap Pgu 3.0 Edisi Felda di Dataran Ketengah Jaya pada Sabtu malam, 7 April.

Katanya, beliau sudah cukup selesa dengan pencen yang memadai, namun tetap mahu melibatkan diri dalam politik kerana tanggugjawadnya kepada Allah.



”saya merasakan bahawa saudara-saudara akan meberikan sokongan kepada PAS pada plihan raya kali ini,” ujar beliau.

Beliau berkhidmat di PTG dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Mei, 2011 sehingga beliau bersara daripada perkhidmatan pada 2 Jun, 2014.

Selain itu, beliau berpengalaman mengurus Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMINT bermula 1 Mei 2011.

Berkelulusan ijazah sarjana muda ilmu sains Kemasyarakatan dari Umiversiti Sains Malaysia, beliau mula bertugas di Perkhidmatan Awam Negeri sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Negeri II di Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu pada tahun 1979.

Beliau turut menjawat beberapa jawatan di Pejabat Tanah Daerah seperti Daerah Hulu Terengganu, Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman sebelum beliau dilantik sebagaiPengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo