NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lupus hutang PTPTN tidak rugikan negara

0




KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pelupusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicadangkan dalam manifesto PAS tidak akan merugikan negara
Katanya, PAS mengambil pendekatan melupuskan hutang PTPTN melihat sumber pendapatan negara yang semakin bertambah.

Beliau yakin sekiranya pemimpin negara melaksanakan urus tadbir yang baik dengan tiada kebocoran, ketirisan dan rasuah, maka hutang PTPTN boleh diselesaikan.
Tambahnya, hutang PTPTN membebankan rakyat terutamanya anak muda dan menghalang mereka daripada menikmati kekayaan dalam negara.
“Kepada yang telah membayar, kita akan melaksanakan insentif-insentif kerana mereka ini menjadi rakyat yang baik. Maka kita akan beri juga insentif kepada mereka dan kami panjangkan insentif kepada ibu dan ayah mereka,” ujarnya dalam program siaran langsung bual bicara yang diadakan tengah hari tadi.
PAS cadang Perbadanan Tabung Wakaf ganti PTPTN
Menurutnya lagi, PAS sebelum ini mencadangkan solusi untuk menggantikan PTPTPN dengan Perbadanan Tabung Wakaf Peringkat Kebangsaan.
Beliau berkata, walaupun wakaf berada di bawah takluk undang-undang negeri namun mereka akan mengusahakan mekanisme-mekanisme yang akan membolehkan konsep tersebut digunakan.
Beliau memberikan contoh universiti terbaik di dunia, Harvard University memiliki wakaf sehingga mencapai USD40 bilion.
Katanya, ia merupakan jumlah yang besar untuk diberikan kepada mahasiswa dalam bentuk pendidikan yang diberikan di sana.
“Ini dia menunjukkan banyaknya jumlah simpanan yang boleh diberikan kepada mahasiswa yang belajar di sana dalam bentuk perkhidmatan pendidikan berkebajikan,” ujar beliau.
Dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada tahun 2016 antara usul yang diberikan adalah agar sistem wakaf dijadikan teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara dengan nama Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) sebagai alternatif kepada PTPTN. – HARAKAHDAILY http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6363-lupus-hutang-ptptn-tidak-rugikan-negara

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo