Kuala Nerus: Minyak motor percuma, Dr Khairudin dekati denyut nadi pengundi



oleh : WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA NERUS : Berikutan bebanan kos sara hidup hari ini yang amat menyakitkan, ramai dalam kalangan rakyat marhaen terpaksa mengikat perut, menangguh perbelanjaan sesuatu perkara penting termasuklah hingga urusan servis kenderaan dan mengisi minyak motorsikal.

Tidak mustahil ada rakyat yang tidak mampu mengisi minyak juga mereka tidak mampu.



Mengambil iktibar kesusahan rakyat, maka Calon PAS Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri meneruskan khidmat agihan minyak motorsikal percuma yang sebenarnya telahpun dilaksanakan sebelum ini semasa menjawat Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sebanyak empat program agihan minyak percuma dimana dua hari lepas di Shell Kampung Duyong Dun Seberang Takir.

Kehadiran lebih 500 buah motor membawa petanda bahawa rakyat benar-benar terhimpit kos sara hidup, apatah lagi harga minyak berada pada kadar yang mahal.

Pada 25 April pula, agihan diadakan di stesen minyak Shell Bukit Tunggal mensasarkan penduduk Dun Bukit Tunggal juga mencapai kehadiran lebih 500 motorsikal.

Sementara itu program ini diteruskan hari ini di Shell Padang Air mensasarkan penduduk Dun Tepoh dn Dun Buloh Gading.

Program ini akan bersambung pula esok (27 April) di Petronas Jalan Lapangan Terbang mensasarkan penduduk Seberang Takir dan Dun Tepoh. Dijangka 500 orang akan hadir.


Menurut Dr Khairudin, program ini telah dianjurkan sejak 3 tahun lalu dimana diadakan pada bulan Ramadan.

"Tujuan progam ini adalah untuk mendekatkan diri sebagai pimpinan dengan rakyat marhaen kerana pengguna motorsikal selalunya anak-anak muda dan warga marhaen.

"Walau kecil nilainya tetapi besar bagi mereka. Tetapi yang penting ialah keprihatinan dalam keadaan diri sebagai wakil rakyat pembangkang yang tidak diberikan peruntukan. Ini adalah peruntukan peribadi," katanya lagi.


"Bantuan 'one off' kepada rakyat marhaen seperti agihan minyak motor percuma adalah isyarat keprihatinan PAS di saat mempunyai kemampuan kewangan terhad tanpa peruntukan kerajaan sebagai wakil rakyat pembangkang.

"Program ini menggunakan peruntukan peribadi hasil perniagaan sendiri”, kata beliau yang juga merupakan ahli perniagaan dalam beberapa bidang termasuk antara yang paling berjaya bidang makanan kesihatan dan kosmetik bersama isteri kedua beliau.

"Tentulah apabila PAS menjadi kerajaan lebih banyak mampu dilakukan untuk rakyat marhaen. Janji PAS ialah membangunakan dasar ekonomi adil untuk semua lapisan masyarakat bagi membaiki kerosakan jurang ekonomi yang sangat ketara antara kaya dan miskin di Malaysia hari ini," tegasnya.

"Meningkatkan pendapatan hidup rakyat adalah tanggungjawab besar kerajaan. Ia memerlukan dasar pembangunan ekonomi bersifat jangka masa panjang yang lebih mesra rakyat marhaen bukannya mesra kapitalis semata-mata," kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

Kata beliau, PAS bersedia menggalas amanah itu untuk PRU ke 14 dengan dasar pembangunan ekonomi berasaskan Islam.

Selain itu kata Dr Khairudin, ia juga tanda bahawa apabila PAS memerintah maka parti ini lebih bersedia dan mampu memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk kesejahteraan hidup rakyat marhaen.


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6370-dr-khairudin-dekati-denyut-nadi-pengundi
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget