NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kolej Islam Lahirkan 47 Calon PRU-14


Proses Penamaan Calon yang berlaku secara serentak di seluruh Malaysia semalam telah menjadi suatu yang penting dalam lakaran sejarah Malaysia.

Kepelbagaian latar belakang calon yang ditampilkan pelbagai parti telah menghangatkan lagi PRU kali ini. Seramai 47 daripada 2,333 calon pilihanraya umum yang bertanding samaada pada peringkat parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan alumni dari 3 Kolej Islam iaitu Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah.

11 daripada calon Barisan Nasional adalah alumni kolej Islam. 5 daripada mereka bertanding peringkat parlimen iaitu Dato Syed Abu Husin calon Bukit Gantang, Dato Shabudin Yahya calon Tasek Gelugor, Dato Rosol Wahid calon Hulu T'ganu, Dato Sri Ismail Mutalib calon Maran dan Dato Sri Ismail.Mohd Said yang bertanding kerusi Kuala Krau.

Bagi Parti Pakatan Harapan pula 5 daripada 9 alumni Kolej Islam turut bertanding peringkat parlimen iaitu Hasanudin Yunus dari AMANAH untuk kerusi Hulu Langat , Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR bertanding kerusi Hang Tuah Jaya, Mohd Fidzuan Zaidi, parti AMANAH bertanding kerusi Santubong, Dr.Zarawi Sulong, parti AMANAH bertanding kerusi Marang dan Ir.Hj Mustafa Kadir, wakil Parti AMANAH calon Jelebu.

Manakala, PAS menghantar calon alumni Kolej Islam paling ramai iaitu 27 orang. 9 daripadanya merupakan calon peringkat parlimen iaitu Ust Idris Ahmad calon Bukit Gantang, Dato Takiyudin Hasan calon Kota Bharu, Ust Mustaffa Daharun calon Jempol, Ust Khairil Anuar Wafa calon Rasah, Ust Wan Abdillah calon Batang Lupar, Ust Ghani Ahmad calon Jerlun, Ust Ubaid Abd Akla calon Setiawangsa, Nuridah Salleh calon Sg Buloh dan Ust Azhar Yahya calon Batu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo