Kerajaan Teknokrat Wasilah Membina Negara Sejahtera



oleh :Ustaz Azhar bin Yahya

Ketika perseteruan di antara parti-parti politik semakin memuncak, PAS bersama-sama Gagasan Sejahtera mengusulkan cadangan pembentukan sebuah Kerajaan Teknokrat demi membina Malaysia yang sejahtera.


Kerajaan Teknokrat adalah pembentukan kerajaan melibatkan pakar-pakar dalam sesuatu bidang, dan tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli politik semata-mata. Mereka boleh dilibatkan dibahagian pelaksana (eksekutif) mahupun dilantik sebagai ahli Dewan Negara.
Cadangan ini bertepatan pada masanya kerana;

1) Golongan pakar perlu bagi memastikan perlaksanaan polisi sesebuah negara dapat dilaksanakan dengan baik.

2) Mengambil pendirian Saidina Abu Bakar R.A. ketika menjadi khalifah ; “benar itu amanah, salah itu khianat”. Ini bermaksud seseorang pemerintah perlu ditegur bagi menghasilkan keputusan yang “benar” dan bermaklumat (informed decision) bukan atas kepentingan politik semata-mata.

3) Meredakan ketegangan politik hari ini yang tiada berkesudahan. Sekurang-kurangnya kita bersatu bersandarkan kepada kepakaran masing-masing untuk membentuk negara yang sejahtera.

4) Mengembalikan fungsi Parlimen sebagai ‘check and balance’ serta mengukuhkan fungsi sebenar sektor eksekutif negara yang berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat.

5) Bertepatan dengan prinsip Islam. Pemerintahan adalah tanggungjawab, memformulasi sesuatu polisi dan dasar juga adalah tanggungjawab, kesemuanya ada penghitungan dosa dan pahala.

Maka, sewajarnya cadangan Kerajaan Teknokrat ini diambil perhatian oleh rakyat Malaysia. Mari kita kembali kepada politik yang berasaskan kejujuran, keikhlasan dan kebertanggungjawaban. Ayuh bersama Gagasan Sejahtera membina Malaysia Sejahtera.

Undilah PAS.


“Kita Sejahtera Bersama”

Ustaz Azhar bin Yahya adalah YDP PAS Kawasan Batu
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget