NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Pemuda Ikatan tegur Azmin



Oleh: Shahir Adnan

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor (Caretaker), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan lantangnya menyelar bahawa kelemahan kepimpinan kerajaan Kelantan yang dinaungi PAS didakwa menjadi punca rakyat negeri terbabit berhijrah ke Selangor untuk memanfaatkan pelbagai peluang.

Dewan Pemuda IKATAN menyeru Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melihat kepada pertumbuhan “Gross Domestic Product” (GDP) untuk negeri-negeri di Malaysia. Berdasarkan Jabatan Statistik Negara, pertumbuhan GDP negara adalah sebanyak 4.2%. Jika diperhatikan, negeri Kelantan dan Selangor masing-masing menunjukkan prestasi pertumbuhan GDP sebanyak 4.8%, melebihi pertumbuhan GDP negara. Statistik ini menunjukkan bahawa struktur ekonomi Kelantan sama kukuhnya dengan struktur ekonomi di Selangor.

Tidak dinafikan bahawa Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia. Kedudukan Selangor berhampiran ibu negara Kuala Lumpur, merupakan pusat strategik untuk kegiatan ekonomi terutamanya sektor perkhidmatan dan pembuatan. Namun begitu, harus diingat bahawa Kelantan pula merupakan pusat strategik untuk kegiatan ekonomi sektor agrikultur, pertanian dan hasil asli. Oleh kerana itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali harus melihat kepada pertumbuhan GDP negeri untuk membuat perbandingan yang bijaksana dan matang.

Memang benar bahawa ramai anak-anak perantau dari Kelantan bekerja di ibu kota Kuala Lumpur dan menetap di Selangor. Keadaan ini langsung tidak menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Kelantan, tetapi menunjukkan kehebatan pentadbiran negeri Kelantan yang berjaya menghasilkan ramai anak-anak muda yang berkualiti ketika belajar dan menimba ilmu di Kelantan. Lazimnya syarikat-syarikat konglomerat dan antarabangsa akan membuka cawangan pejabat di ibu kota sesebuah negara. Jika diperhatikan, ramai yang bekerja di syarikat-syarikat ini adalah terdiri daripada rakyat segenap pelosok negara, termasuklah anak-anak Kelantan.

Sehubungan itu, saya selaku Ketua Pemuda IKATAN Malaysia, merangkap Naib Pengerusi IKATAN Kelantan, mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Mohamed Azmin Ali yang tidak berasas.


Shahir Adnan adalah Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
merangkap Naib Pengerusi IKATAN Kelantan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo