Gubal undang-undang jaga kesihatan Speaker, rayu Pandikar



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ‘merayu’ Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggubal Rang Undang-undang (RUU) menjaga kebajikan Speaker.

Beliau berkata demikian susulan tindakan dan ucapan ahli-ahli Parlimen yang tidak menghormati dan mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat sewenang-wenangnya menggunakan perkataan bohong, pengecut dan sebagainya.

“Kadang-kadang saya jadi bingung perkataan-perkataan yang digunakan oleh ahli-ahli Parlimen... sudah jadi biasa, terpaksa sabar dakwaan terhadap Peguam Negara, itu tuduhan jahat,” katanya ketika sesi penggulungan peringkat dasar RUU Antiberita Tidak Benar 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pandikar meminta JPM menggubal satu RUU jika kesihatan Speaker terjejas dengan mengambil contoh keadaan yang dialaminya sendiri.

“Darah saya naik 178, 180 menahan marah. Jika kesihatan Speaker terjejas, bolehkah wujudkan insurans atau boleh saman?" soalnya.

Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mencelah meminta Pandikar melepaskan jawatannya bagi menyelesaikan masalah kesihatannya.

“Letak jawatan, selesai masalah,” katanya.

Sementara itu, R Sivarasa (PKR-Subang) menyifatkan perkataan "bodoh" lebih teruk berbanding "bohong".

Dewan Rakyat panas ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menggulung perbahasan peringkat dasar RUU Antiberita Tidak Benar 2018 apabila rata-rata ahli Parlimen pembangkang membantah pewujudan undang-undang itu.--AstroAwani
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget