NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagasan Sejahtera yakin rakyat cari pilihan alternatif kepada BN dan PH



Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Demam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU4) datangi lagi. Suruhanjaya Pilihanraya telah umum harian pengundian akan diadakan pada 9hb Mei, 2018 dengan penamaan calon diadakan pada 28hb April, 2018.

Banyak pihak mengadakan ‘survey’ sama ada secara online atau pun turun kelapangan. Kebanyakkan survey yang dibuat memberikan dapatan mereka adalah kepada pakatan pembangkang, terutama Pakatan harapan. Paling ketara adalah sebuah agensi propaganda Invoke yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang semakin jatuh reputasinya bila tidak memberikan sebarang kerusi dimenangi oleh PAS.


Saya terkejut melihat dapatan awal survey atas taian oleh portal berita 1Media.my dikalangan pembaca 1media. Setelah beberapa survey online ini dimulakan, hamper 1,000 orang daripada 100,000 pembaca 1media telah mengundi.


Dapatan awal ini amat mengejutkan kerana PAS yang tak diberikan harapan oleh banyak pengkaji politik mendahului dengan jauh, dengan mendapat 89 %. Manakala BN baru mendapat 4 % undian, parti-parti PH mendapat 6 % (DAP - 1%, PKR 3%, PAN 1%, PPBM 1%). 

Pertandingan 3 penjuru
Pertandingan 3 penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (Harapan) dan juga Gagasan Sejahtera (Gagasan) memberikan satu landskap baru politik Malaysia pada PRU ke-14 ini. Barisan Nasional kekal dengan 14 parti kompen sedia ada. 

Manakala Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR-PAS-DAP sebelum ini pada PRU ke-13 yang lalu telah berpecah kepada 2 blok yang baru, Pakatan Harapan (Harapan) dan Gagasan Sejahtera (gagasan).

PKR dan DAP selepas mematikan PR untuk menyingkirkan PAS telah bekerjasama dengan dua parti, Parti Amanah Negara (PAN) serpihan dari PAS ekoran krisis 2015 dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), serpihan UMNO membentuk gabungan baru yang dinamakan Pakatan Harapan (harapan).

Sementara PAS yang disingkirkan oleh DAP dan PKR dari gabungan PR sebelum ini mengorak langkah baru membentuk gabungan baru dinamakan Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), sebuah parti majmuk yang ditubuhkan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, seorang bekas Menteri Persekutuan pada tahun 2015 dan Barisan jamaah Islamiyyah Semalaysia (Berjasa), sebauh parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Muhammad Nasir Menteri Besar Kelantan pada tahun pada tahun 1978 ekoran krisis politik 1970an di Kelantan serta Parti Cinta Malaysia (PCM) yang sebahagian permimpinnya seperti Datuk Huan Cheng Guan bekas Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Generasi Baru (NewGen), yang sebahagian pemimpinnya dari Parti Malaysian Congres (MIC) diketuai Presiden Parti Generasi Baru (NewGen Party),Datuk G Kumar Aaman adalah bekas Setiausaha Agung MIC serta blok NGO yang bernaung dibawah Kongres Rakyat. 

Parti kecil pun ada sokongan tersendiri


PAS menafikan bahawa hubungan kerjasama yang dijalin bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jamaah Islamiyyah SeMalaysia (Berjasa) serta Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Generasi baru (NewGen)menerusi Gagasan Sejahtera sebagai Blok Ketiga tidak memberi keuntungan kepada mereka khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Ikatan walaupun merupakan sebuah parti baru, namun ia tetap mempunyai segmen penyokong tersendiri dan diyakini memberi impak kepada gabungan berkenaan. 

"Setiap parti ia ada segmen penyokong, mungkin tak banyak, tapi ada segmen penyokong, kadang-kadang segmen penyokong itu kuat di sesuatu lokaliti. Ia kuat di Sabah misalnya, walaupun ia tak ada kesan besar di Semenanjung. Kita melihat semua segmen ini.

"Parti-parti kecil ada penyokong tersendiri. Parti Ikatan, PCM dan Newgen walaupun baru tapi ada penyokong tersendiri seperti juga parti lain seperti Berjasa" katanya dalam satu temubual sebelum ini

Ujar Mohd Zuhdi, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, PAS yang merupakan 'parti tonggak' dalam Blok Ketiga akan memainkan peranan menjadi 'pembesar suara' kepada parti-parti kecil lain dalam menyuarakan kepentingan penyokong mereka. 

"Mereka mendapat manfaat daripada gabungan bersama blok ke3 ini dan pada masa yang sama PAS dan parti-parti lain juga mendapat manfaat daripada penyertaan, walaupun parti kecil, tetapi mereka ada segmen penyokong mereka," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zuhdi berkata, Blok Ketiga tidak hanya terhad kepada parti politik bahkan ia turut mengalukan penyertaan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

"Bahkan kemungkinan NGO-NGO ini mungkin akan bertanding dalam pilihan raya, mereka wakili NGO mereka, bertanding dalam PRU 14 menggunakan lambang mana-mana parti dalam blok ini sama ada lambang PAS, Ikatan dan sebagainya tapi ia akan didokong oleh jentera PAS yang ada di seluruh negara," kata beliau. 

Bahkan tokoh atau orang perseorangan yang mempunyai pengaruh (NGI) namun tidak berkecimpung dalam politik atau mana-mana NGO turut boleh terlibat dalam blok ketiga, menurut Mohd Zuhdi. 

Tambah beliau, mereka juga boleh menjadi calon dalam PRU14 atas kapasiti sebagai tokoh individu dengan menggunakan tiket mana-mana parti yang ada dalam Blok Ketiga. 

"Ini konsep blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang pernah diuarkan oleh pimpinan PAS sebelum ini," ujarnya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo