Duti Eksais; Suatu Penindasan Paling Terserlah



oleh: Marjan Hidayah Amirul

Saya menonton video ceramah Rafizi Ramli mengenai duti eksais kereta pada tahun 2012.

Lebih mengagumkan apabila pakar ekonomi di dalam PAS lebih dahulu membentangkan kajian bebanan duti eksais ke atas rakyat pada tahun 2008 di Universiti Teknologi Petronas dan pada tahun 2009 di Muktamar Kongres Pemuda. Sehingga tahun 2018, PAS tetap konsisten untuk menurunkan harga kereta dan bebanan hutang isi rumah dengan pengecualian duti eksais bagi kereta dengan enjin bersaiz 1.3cc ke bawah.

Kita sedia maklum, pada peringkat mikro dua hutang tertinggi yang menjadi bebanan sekalian rakyat jelata adalah hutang rumah dan kereta. Tanpa kita sedari, harga kereta di Malaysia melambung berkali ganda dan bebanan bayaran bulanan adalah di pundak rakyat, dinikmati sekalian saudagar pemegang AP. Sebuah kereta Myvi dikenakan duti eksais sehingga 75% dan cukai jualan 10%. Bermula harga asal RM24,860.00, pemuda lepasan universiti yang baru bekerja menanggung hutang selama 9 tahun sebanyak RM46,000.00. Dua kali ganda dari harga asal.

Itu belum dikira cukai jalan, insuran kereta, penyelenggaraan berkala, harga minyak, tol dan jika tergelincir ke lembah saman trafik secara sedar mahupun tidak.

Sebuah kereta Camry dengan harga asal hanya RM71,000.00 dijual pada harga RM142,000.00 dengan pengguna menanggung duti eksais juga cukai jualan. Honda Civic juga tidak ketinggalan dengan harga asal RM63,150.00 disuap keuntungan ke poket pemegang AP dengan harga RM120,000.00. Itu hanya sebahagian kecil dari berjela lagi contoh yang tersenarai di invois syarikat-syarikat pengeluar kereta.

Ramai dalam kalangan kita cemburu, malah kagum melihat cara hidup sekalian anak cucu keturunan taiko syarikat pengimport kereta di media sosial. Tiba masa untuk kita membuka mata, bahawa kita sebagai pengguna keretalah yang menanggung kemewahan mereka. Kita merasa perit menanggung bayaran bulanan rumah dan kereta setiap bulan kerana itulah dua hutang tertinggi isi rumah di Malaysia.

Konsistensi PAS dalam menurunkan harga kereta secara berperingkat akan dapat menurunkan bebanan bulanan rakyat terhadap hutang kereta sehingga 50%. Golongan muda yang berpendapatan RM2,500 sehingga RM3,000 menanggung lebih 20% dari pendapatan bulanan mereka untuk kereta sahaja.
‍‍_

Marjan Hidayah Amirul

Penulis merupakan pegawai perakaunan & pelaburan daripada sebuah organisasi korporat terkemuka tempatan dan juga ahli Kluster Ekonomi & Kewangan, Jabatan Profesional Muda (JPro), DPPM.

Beliau aktif dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang sejahtera dan lebih baik melalui penulisan-penulisan beliau.

#PRU14 
#createabettermalaysia 
#up #unitingprofesional
#malaysiasejahtera
#jprodppm
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget