DAP gugur Seng Giaw, ganti Lip Eng


PETALING JAYA - Nama Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP bagi PRU14. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerusi disandang Seng Giaw yang menyandang jawatan itu selama lapan penggal diganti Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. 

Kerusi Parlimen Segambut pula akan diganti Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan manakala bagi Parlimen Cheras, Bukit Bintang dan Seputeh kekal kepada Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena PRU14 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ), malam kelmarin. 

Sementara itu, Seng Giaw ketika diminta mengulas penggugurannya itu berkata beliau maklum mengenai perkara itu dan menerima keputusan parti. 

“Saya terima keputusan parti dan akan terus berkhidmat untuk (kawasan) Kepong,” katanya kepada sebuah portal berita. 

Hannah Yeoh pula berkata, beliau berterima kasih kepada pimpinan DAP kerana mempercayainya untuk bertanding di kerusi Segambut selepas 10 tahun menjadi wakil rakyat di Dun Subang Jaya ketika berusia 29 tahun tanpa pengalaman dalam bidang politik. 

“Adalah menjadi satu kebanggaan menjadi wakil kepada rakyat di Subang Jaya sejak 10 tahun lalu. Keputusan untuk bertanding di Segambut bermakna saya tidak akan mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya. Saya yakin pilihan DAP menggantikan saya di sini adalah untuk kepentingan penduduk Subang Jaya dan Selangor. 

“Harapan saya sejarah akan terlakar sekali lagi apabila memilih bertanding bagi kerusi Parlimen,” katanya yang menerima keputusan parti sebagai cabaran baru untuknya pada PRU14. 

Subang Jaya sebelum ini mencipta sejarah apabila memilih wakil rakyat DAP buat pertama kali pada PRU12. 

Pada tahun 2013, Hannah Yeoh menjadi wanita pertama dilantik sebagai Speaker Dun di negara ini.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget