NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Angkuh Cuba Tentu Pendirian PAS


KUALA LUMPUR- DAP bersikap angkuh apabila bertindak menyerang Ahli Parlimen PAS yang menyokong terhadap Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 sebagai tanda mereka bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Utusan Online, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat seperti beliau berhak menentukan pendirian Pas apabila bekas sekutunya dalam pakatan pembangkang itu akan menentang rang undang-undang tersebut.

“Adakah Pas parti pembangkang atau pemerintah, ini berikan gambaran macam Pas sebahagian daripada BN.

[ads-post]

“PAS sekarang cakap macam BN, mengapa belum jadi parti pemerintah tetapi bercakap macam parti pemerintah,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS mengambil pendekatan melalui pertimbangan aspek moral semasa menyokong Rang Undang-undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya semasa kerajaan mencadangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) PAS sendiri menyokong RUU berkenaan semasa ia dibentangkan pada 1957 ekoran keadaan negara dalam darurat dan berdepan ancaman komunis serta pelampau.

"Namun dari sudut moral, PAS menyokong ISA demi keselamatan negara.


“Begitu juga menghidupkan moral yang luhur dan mulia, kita menyokong Akta Antiberita Tidak Benar ini," katanya seperti dilaporkan harakahdaily hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo