NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bolehkah PAS kekal di DUN Beserah?


KUANTAN - Sudah dua penggal Dun Beserah dikuasai PAS. Mampukah parti itu mempertahankan kerusi itu pada PRU14, memandangkan parti itu berada dalam bloknya sendiri? 

Pada PRU13, PAS mempunyai rakan sekutu yang mampu membantunya untuk menang lebih besar di kawasan berkenaan menerusi undi daripada pengundi Pakatan Rakyat (Pakatan), sebelum gabungan DAP, PKR dan PAS itu dibubarkan pada 2015. 

Pada PRU14, undi daripada penyokong Pakatan bertukar kepada Pakatan Harapan (Harapan) akan berpecah disebabkan pertembungan tiga penjuru antara PAS, BN dan parti komponen Harapan (Amanah) yang menggunakan logo PKR. 

Situasi itu menyebabkan kemenangan majoriti yang dimenangi Pas sebelum ini, akan mengecil berikutan undian sudah berpecah kepada tiga calon. 

PRU14, PAS diramal mengekalkan Andansura Rabu sebagai calon, manakala BN berkemungkinan meletakkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid untuk bertanding di kerusi tersebut. 

Namun, ia masih belum diumum secara rasmi. 

Sementara itu, Harapan mempertaruhkan muka baharu, Naib Pengerusi Amanah, Zulkifli Mohamed mencabar calon PAS dan Umno. 

Meskipun ada muka baharu dan lama merebut kerusi itu, Dun Beserah dikata akan kekal di bawah Pas berdasarkan iklim politik semasa yang menunjukkan sokongan terhadap parti Islam itu berikutan kejayaannya mengemudi kawasan terbabit dua penggal lalu. 

Sambutan penduduk Beserah lebih ketara dan berani bersama Pas kerana Andansura dilihat cemerlang sejak sepenggal lalu. 

Jika Andansura masih lagi dicalon untuk bertanding di kerusi Dun Beserah, ternyata memberi kelebihan untuk sekali lagi menang besar di kawasan tersebut. 

Andansura mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai kaum dan aktif bersama NGO Stop Lynas, isu bauksit dan selalu turun padang bersama penduduk. 

Pemerhati politik meramalkan calon Harapan mungkin sukar untuk menang memandangkan beliau kurang dikenali, justeru memberi kelebihan kepada PAS atau BN meraih undi di kawasan tersebut. 

Namun Zulkifli optimis untuk menang kerana ia merupakan kawasan campuran. 

“PRU 2004, PAS kalah dan tak pernah menang. 

“Analisis peti undi PRU13 mendapati PAS menang kerana undi dari kaum Cina di tiga kawasan; Air Putih, Air Putih Baru dan Alor Akar, manakala peti undi di daerah majoriti orang Melayu, PAS hampir kalah keseluruhannya. 

“Ini membuktikan pengundi Cina yang menyokong DAP dan orang Melayu yang sokong PKR memberi undi kepada Pas,” katanya. 

Andansura mungkin dikenali dan itu kelebihannya, tetapi untuk menang dalam tiga penjuru perlu ada sokongan pengundi bukan Melayu. 

Zulkifli yakin peluang untuk Harapan di Dun Beserah berdasarkan sokongan akar umbi sepanjang ahli parti itu turun padang ke kawasan terbabit. 

Pada PRU13, Andansura menang dengan majoriti 3,987 mengalahkan calon BN, Datuk Mohd Hamzi Yusof yang meraih 11,359 undi.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-boleh-kekal-di-dun-beserah-1.820769

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo