NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

A.S., Eropah arah pemeriksaan kecemasan enjin serupa kejadian Southwest


WASHINGTON/PARIS (Reuters) - Pengawal selia penerbangan A.S. dan Eropah mengarahkan  pemeriksaan kecemasan dilakukan dalam tempoh 20 hari untuk lebih 700 enjin pesawat yang serupa dengan kejadian enjin meletup yang melibatkan pesawat Southwest awal minggu ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan A.S. (FAA) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah untuk memeriksa enjin CFM56-7B yang dikeluarkan oleh CFM International, berikutan kebimbangan kegagalan yang sama bagi enjin keluaran 2016.

Selasa lalu, enjin pesawat syarikat Southwest Airlines penerbangan 1380 meletup disebabkan bilah kipas yang patah. Letupan itu menghancurkan tingkap dan mengorbankan seorang penumpang.

Ogos 2016, sebuah pesawat Southwest terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Pensacola, Florida apabila bilah kipas daripada jenis enjin yang sama patah dan menyebabkab sayap kiri pesawat berlubang. Agensi Eropah telah memberikan syarikat penerbangan itu tempoh sembilan bulan untuk membuat pemeriksaan enjin.

Ogos 2017, FAA telah mengarahkan syarikat penerbangan tersebut melakukan pemeriksaan dalam tempoh 18 bulan, tetapi belum dimuktamadkan ketika kemalangan kedua berlaku.

Dalam kejadian Selasa lalu, kemalangan kedua berlaku melibatkan model enjin, pesawat dan syarikat penerbangan yang sama, sehingga mengorbankan seorang penumpang, Jennifer Riordan yang tertarik keluar melalui lubang di sebelah tempat duduknya.

Riordan berjaya ditarik semula ke dalam pesawat, tetapi eksekutif berusia 43 tahun dari Albuquerque, New Mexico, meninggal dunia akibat trauma di kepala, leher dan badan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo