Agihan Bantuan Jutaan Ringgit Azmin Ali Di Bukit Antarabangsa dan Gombak Tidak Beretika


Oleh: Nurul Islam Mohamed Yusoff

Tindakan Dato’ Seri Azmin Ali yang menyalurkan bantuan berupa bekalan dan tunai dengan nilaian mencecah RM 2.2 juta kepada penduduk Bukit Antarabangsa dan Gombak yang beliau pernah wakili boleh ditafsir sebagai sogokan untuk mempengaruhi sentimen pengundi dan tidak beretika. 

Hanya beberapa hari lepas Azmin bergimik pulang ke rumah dari pejabat menggunakan Grab selepas beliau dan exco kerajaan negeri memulangkan kenderaan kerajaan sebagai penegasan tidak menyalahguna harta kerajaan negeri untuk pilihanraya. 

Seksyen 7 hingga 10 Bahagian III Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 telah menetapkan perbuatan-perbuatan rasuah yang mesti dielak dan dijauhi. 

Dikala PKR sering mencemuh pemerintah BN menyalahgunakan kuasa, pengaruh dan kedudukan sebagai kerajaan sementara untuk mempengaruhi pengundi, tindakan Azmin adalah sama sahaja. Tidaklah juga menghairankan kerana kebanyakan pimpinan PKR termasuklah Azmin sendiri datang dari UMNO-BN.

PAS menjunjung Budaya Politik Matang dan Sejahtera dan menolak penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dan menggunakan politik wang bagi mempengaruhi pilihanraya.

Insiden seperti ini seharusnya menyedarkan rakyat untuk menilai antara integriti dan gimik politik dan kepentingan memilih pemimpin yang jujur dan bersih untuk memimpin negara pasca PRU14.

"MARA MENUJU CITA"
"SEJAHTERA BERSAMA ISLAM"

Nurul Islam Mohamed Yusoff adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget