NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

257 Terkorban Pesawat Tentera Algeria Terhempas


Sekurang-kurangnya 257 orang terkorban apabila sebuah pesawat tentera terhempas hari ini.

Menurut jurucakap Ketua Agensi Perlindungan Awam Mohammed Achour, pesawat milik tentera Algeria itu terhempas sebaik sahaja berlepas, di sebuah ladang berhampiran markas tentera Boufarik, 32 km dari Algiers.

Menurutnya lagi, pesawat ll-76 buatan Soviet itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni.

Kementerian Pertahanan Algeria akan membuka kertas siasatan untuk menyiasat punca kejadian.

Pesawat tersebut dijadualkan untuk singgah di Tindouf, selatan Algeria sebelum meneruskan perjalanan ke markas tentera di Bechar, barat daya Algeria.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo