NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zimbabwe Umum Guna Teknologi Pengenalan Cap Jari dalam Pilihanraya 2018


Kerajaan Zimbabwe telah menandatangi kontrak dengan sebuah syarikat Amerika, Ipsidy, untuk membekalkan teknologi pengenalan cap jari yang akan digunakan dalam pilihanraya umum Zimbabwe 2018.

Teknologi ini akan digunakan di Zimbabwe untuk menghasilkan senarai pengundi daripada pangkalan data biometrik kebangsaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. Ia akan menghasilkan senarai pengundi secara automatik, setaraf dengan piawaian antarabangsa.

Pengumuman pemilihan Ipsidy dilakukan setelah beberapa bulan Mantan Presiden Zimbabwe, Robet G. Mugabe meletakkan jawatan selepas beberapa dekad berkuasa. Mugabe sebelum ini telah dituduh memanipulasi pilihanraya untuk kekal sebagai presiden.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo