NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar STPM sesi 2017



Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) ,telah diumumkan pada hari ini bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun 2017 yang lalu.

Di Malaysia,seramai 43,042 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM  pada tahun 2017 di 700 buah pusat peperiksaan seluruh negara iaitu, 42,694 orang (99.19%) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47%) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32%) calon persendirian dan lapan orang (0.02%) ialah calon sekolah kerajaan negeri.

Sudah pastinya keputusan cemerlang yang diperolehi merupakan antara detik terindah dalam diari kehidupan semua calon STPM 2017 lalu untuk terus sentiasa menjiwai kecemerlangan.

Bagi yang memperolehi keputusan kurang memuaskan sebagaimana yang diimpikan ,ingatlah bahawa keputusan peperiksaan ini bukanlah penamat bagi segalanya untuk  melakar sebuah  kejayaan pada masa akan datang.

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon STPM tahun 2017 di seluruh Malaysia yang telah mencuba sehabis baik ketika menjawab soalan peperiksaan yang dikemukakan.

Dedikasi buat semua warga  pendidik di seluruh Malaysia yang gigih menabur bakti mencurah ilmu kepada generasi pewaris kepimpinan pada masa akan datang,dan juga para ibu bapa yang sudah pasti merupakan pendorong setia bagi kejayaan anak-anak di samping iringan doa saban waktu tanpa mengenal erti jemu.,terimalah  serangkap pantun sebagai penutup bicara:

Lipat tuala bersusun bunga
Suntingkan kenanga berawan larat
Tiadalah upaya kami membalasnya
Dari dunia sampai Akhirat.

Ingatan tulus:
NORMALA BINTI SUDIRMAN 
Presiden 
Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
6 Mac 2018 bersamaan 18 Jamadilakhir 1439H
© all rights reserved
made with by templateszoo