NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: PRU14, 236,920 pengundi baharu penentu kemenangan BN?


KUALA TERENGGANU – Pengundi baharu yang mengundi buat kali pertama menjadi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, seramai 236,920 pengundi baharu telah direkodkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga sehingga suku keempat 2017.


“Mereka (pengundi baharu) ini akan menjadi penentu kemenangan kita nanti. Jadi carilah mereka dan dekatilah mereka serta pastikan mereka keluar mengundi dan sokong BN,” katanya.


[ads-post]

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Genderang Perang PRU14 di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Iman, di sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu, Dato’ Seri Abdul Rahman Bakar.

Bercakap mengenai calon PRU, Ahmad Razif mahu setiap ahli BN menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka yang dipilih nanti.

“Walau siapa pun yang dipilih nanti, kita mahu sokongan 100 peratus kerana kita yakin pada PRU kali ini, BN akan berjaya mempertahankan kemenangan dengan majoriti dua pertiga,” katanya.
Pada majlis itu Ahmad Razif turut menyampaikan dana bagi 366 Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebanyak RM5,000 setiap PDM dan RM100,000 kepada Kelab Sahabat N87 sebagai persiapan menghadapi PRU14.


Sumber: Terengganu News

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo