NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Adakah rakyat sangat memerlukan Mini Zoo??



1. PAS bukan tidak setuju dengan projek pembangunan perlancongan dan rekreasi. Bahkan PAS juga menawarkan projek perlancongan dan rekreasi yang lebih sejahtera dan bersesuaian dengan kepentingan dan keperluan rakyat dan pelancong domestik dan luar negara.



2. Pembinaan Mini Zoo Bukit Takal Kemaman tidak diurus dengan baik, yang menyebabkan kerajaan Negeri terpaksa berbelanja dengan kos yang tinggi dan tidak mendapat pulangan hasil yang setimpal.


3. PAS mencadangkan supaya penjagaan spesies haiwan dan penyelenggaraan zoo perlu diurus oleh pihak penaja, agar Kerajaan Negeri, khususnya Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) tidak menanggung beban.


5. Hasil cukai dan caj 'parking' yang yang dikutip MPK dari orang ramai sepatutnya digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk, bukan dihabiskan untuk menguruskan zoo.

4. Penyata Kewangan Negeri 2016 pada P03940 Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal tercatat jumlah anggaran harga projek RM 64,576,801.38. Anggaran bagi tahun 2016 - 2020 sebanyak RM 80,000,000 (RM80 juta).

5. Terdapat pembaziran dalam pembinaan ‘gelongsor air’ di Taman Tema Air, Mini Zoo Bukit Takal yang dibina pada tahun 2009 dengan kos RM 2,690,000.00*, mula beroperasi sekitar Februari 2011. Setelah dua tahun zoo tersebut dirasmikan, gelongsor dan taman tema air itu telah rosak.

6. Sehingga kini, setelah lebih enam tahun berlalu, ia masih tidak diperbaiki dan masih ditutup kepada orang ramai.

*7. Persidangan DUN pada 11 - 14hb Disember 2017, Mantan Menteri Besar membuat tawaran kepada kerajaan negeri agar mengambil gelongsor air tersebut dan dibawa ke Taman Tema Air di Pulau Poh Tasik Kenyir.*

8. Ia bermakna, wang yang rakyat yang digunakan untuk membina gelongsor air itu 'hangus' begitu sahaja, kerana pelawaan Ahmad Said itu bermakna, gelongsor dan Taman Tema Air, Mini Zoo Kemaman tidak akan dibaik pulih.

9. MPK membelanjakan hampir RM3 juta setahun untuk menampung pengurusan zoo Bukit Takal, sedang hasil yang diperolehi hanya sekitar RM1 juta sahaja setahun. Bahkan anggaran perbelanjaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo pada tahun 2018 sebanyak RM5 juta.

10. Perbelanjaan keseluruhan pembinaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal adalah seperti berikut;

I. Membina Akuarium pada 4 Ogos 2008 bernilai RM 595,000.00,
ii. Membina Tempat Letak Kereta pada 3 Mei 2009 berjumlah RM 100,000.00,
iii. Pembangunan Pakej 7 : African Savana sebagaimana tender yang diberikan pada 14 September 2011 berjumlah RM9,450,000.00,
iv. Pembangunan Pakej 9 : Wild Asia pada 18 Mac 2012 sebanyak RM 9,000,000.00,
v. Membina pencawang elektrik sebanyak RM172,000,
vi. Pembinaa Pakej 8; Water Reticulation bernilai RM3.6 juta,
vii. Pembinaan pakej 5 jalan dan longkang yang berjumlah RM2 juta.

10. Mantan MB Dato Seri Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 April 2012 ketika menjawab soalan berkata pembinaan zoo terbabit hanyalah kira-kira RM14 juta sahaja.

11. Rakyat mesti menilai ketidakupayaan Kerajaan BN mengurus Taman Rekreasi dan Mini Zoo dengan baik sehingga kelihatan *'hidup segan mati tak mahu'*. Lihat bagaimana Zoo Negara dan Zoo Melaka telah diswastakan. Kaedah penswastaan adalah terbaik untuk menjadikan pengurusan zoo lebih efektif dan terjamin serta dapat mengurangkan beban Kerajaan Negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri boleh menggunakan peruntukan pengurusan zoo untuk tujuan urusan lain dan kepentingan yang langsung untuk rakyat..

Jika rakyat bersedia melihat perubahan dalam mengurus Taman Rekreasi dan Mini Zoo, rakyat boleh menyerahkan mandat PRU 14 kepada PAS.. Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu.

posted from Bloggeroid

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo