Tawaran PAS kepada Maria Chin, pembohongan terkini Malaysiakini?


Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD

KUALA LUMPUR: "Saya Shuhaimi Embong menafikan pemberitaan yang telah dibuat pada pautan https://www.malaysiakini.com/news/415277 jelas menyeleweng dan terkeluar daripada maksud asal dan sebenar saya ketika berucap dan kemudian ditanya oleh pihak wartawan," demikian penafian keras Mohd Shuhaimi Embong terhadap laporan Malaysiakini bertajuk PAS tawar Maria Chin kerusi untuk bertanding.

Tegasnya, beliau bukan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh portal berita tersebut malahan beliau turut berasa kesal dan kecewa terhadap pemberitaan yang tidak profesional yang diamalkan oleh media terbabit.

"Saya hanyalah Pengarah IT PAS Pusat, tiada hak untuk menawarkan sesiapa untuk menjadi calon bahkan saya bukan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seperti yang disiarkan dalam portal itu. Semoga rakyat Malaysia terus dibekalkan berita yang benar dan tepat dan diselamatkan dari propaganda pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada Harakah hari ini.

Malaysiakini dalam beritanya pada 11 Mac melaporkan secara salah "Ahli jawatankuasa PAS Pusat Shuhaimi Embong menawarkan bekas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk bertanding di bawah Gagasan Sejahtera, sebuah gabungan parti politik pimpinan PAS.


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget